Wednesday, December 31, 2008

2008 to 2009

Mak...Jah..ooo mak jah!!! jeritan seorang jiran yang dalam..kebingungan...so nak jadikan cerita cam ni la.. hari ni dah 31 December 2008..last day untuk tahun 2008.. so apa yg telah kita berjaya beb dalam 2008? apa yang pahit dan yang manis terjadi?.

So banyak kan peristiwa yang berlaku..dalam 2008.. Tumbangnya 5 Negeri ke tangan Pakatan Rakyat!!! (KUASA RAKYAT).. politik Thailand gagal sehingga rakyat Thailand berjaya tawan Airport...klu la kt Malaysia cam2.. xd la.. semua nak enjoy jer memanjang..betul x beb?

Tapi penghujung tahun ni kita telah disajikan dgn TITISAN AIRMATA,LIMPAHAN DARAH..rakyat di PALESTIN..dengan kekejaman tentera Zionis ISREAL...so..kita fikirkan bersama..kita di MALAYSIA ni..sungguh aman damai..walaupun kadang kala keadaan poltik dan ekonomi tidak menentu...perlu la.. bersyukur..

Apa yang pasti 2008 akan berakhir..yang tiba 2009...angka yang baru..So sentiasala kita thinking apa yang perlu dilakukan untuk masa akan datang...Dengan harapan 2009 ni akan memberikan sesuatu yang terbaik dalam hidup kita semua..ok BEB..gua gerak dulu..bye.!!

Wish Happy New Year 2009

Tuesday, December 30, 2008

Apa yer...

Masuk jer tahun baru.."lepak mana malam ni bro'?.. mm xtahu la.. klu yang muda...of couse nak enjoy kan?...malam new year katakan bro..

Ada jugak yang cakap..: "malas la..nak kuar..xd apa pun..jam lagi dah sesak dgn warga2 PATI..!!! hahahaha..ada jugak yang memenuhi dgn aktiviti yang berfaedah" cam..ceramah agam.. so semua ada pendirian masing2...

Klu nak story pasal malam new year ni..banyak bro..so ..yang mana lepak @ merayau malam2 new year 2..buat2 la survey..apa yang dilakukan oleh segolongan manusia....Sentiasa lakukan aktiviti yg berfaedah..yer...

Salam Maal Hijrah 1430h

Monday, December 29, 2008

Bilal Wedding

Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Mohd Bilal & Siti Hafizah


Banner

KebahagianKU

Masa DepanKU

Kamil & Bilal


Izar/Bilal & Zamil

Bilal & Wife

Ayahanda Bilal

Pasangan Bahagia

Kawan2 yang hadir



Alhamdulilah Bilal telah selamat menamatkan zaman bujangnya.. Majlis perkahwinan pihak perempuan telah berlangsung di Sungai Nibong,Pulau Pinang pada 13 December 2008..

Copy right by ann..

Friday, December 26, 2008

Mentera Suci

Mentera suci,
Ia bagaikan sebuah alunan syair indah,
Menjadi pemangkin kebangkitan diri,
Sentiasa disanjung bila tibanya waktu,

Hati terus terdiam bila mentera suci beradu,
Keyakinan terus kukuh untuk mencapai
Keperibadian diri,

Langkah kaki menjadi harga diri
Ia sentiasa mengamit hati sanubari
Mentera Suci....Kekuatannya amat dirasai.

Tuesday, December 23, 2008

Si Buta..

"Apa aku perduli..aku yang mencari jalan ini..
Persetankan apa yang orang nak cakap..
this my right.... "

Buta sungguh hati ini..hanya pentingkan diri..
Insan yang inginkan kasih sayang..dan perhatian..dibiarkan sahaja
Biarkan sahaja..tangan yang meminta..
Sedangkan yang memberi lebih baik dari meminta..

Hanya suara hati yang suci akan mememahami keperitan si buta...
Diri dikurniakan dengan sempurna.. kenapa masih ada kehitaman dalam hati ini..
Kemelut dalam hati sentiasa berlawan..suci dan hitam..jika keimanan dan kekuatan kesucian..
Pasti kehitaman hati akan hilang.....

Friday, December 19, 2008

Sinaran Hati

Hati berkata apa yang dirasai oleh si dia?
Hati terus mencari jawapan...
Jawapan pasti tiba dgn sinaran cahaya suci

Pasti kita akan berjalan di lorong percintaan.
Kita akan berjumpa lagi dgn harapan yang baru

Cinta pasti bersinar dalam keberkatan hidup
Jika ia disaluti sinaran agama
Usaha adalah tangga kejayaan

Hanya IA yang akan memutuskan
Adakah ini jawapan sebenar yang dicari selama peyeksaan jiwa.

Thursday, December 18, 2008

"ada aku kisah!

"ada aku kisah!
dgn kejahatan dan kebaikan yang kau lakukan?

"ada aku kisah!
kesesakan hidup masyarakat?

"ada aku kisah!
cara diorang cakap?

"ada aku kisah!
apa apa sahaja yang terjadi

"ada aku kisah!
dgn apa yang dikatakan tentang cara ku berkerja?

Semua adalah ketentuan dariNYA...

"ada kau kisah?
"ada aku kisah!


Wednesday, December 10, 2008

Aku...

Aku....
Mencari apa yang dinginkan
Bila ku berjalan ia pasti tiba

Aku....
Sentiasa beringat apa yang dilakukan
Mencari erti hidup dgn mendalam

Aku....
Terlanjur kata atau perbuatan
Ia Pasti mengingatkan apa yang terjadi

Aku....
Menghargai bila diri disayangi
Kakiku melangkah ke kanan atau kiri
Ia pasti memerhatikan diri ku ni

Aku....
Bila Diri Disayangi...

Wednesday, December 3, 2008

Kerana

Ku naik diatas..sungguh indah pandangan ciptaan NYA...
1 pusingan dilakukan dgn dibuai tiupan angin selat melaka...

Pada mulanya perasaan takut menghantui diri...setelah berada diatas..perasaan takut kian hilang..hanya tinggal tanda kesyukuran pada DIA.. yang MAHA ESA...

Kerna ku masih berada didalam hidup untuk ku beramal dan beribadah padaNYA...