Friday, August 29, 2008

Salahkah Aku Terlalu Mencintaimu

Ku tatap dua bola matamu

Tersirat apa yang 'kan terjadi

Kau ingin pergi dariku

Meninggalkan semua kenangan

Menutup lembaran cerita

Oh sayangku, aku tak mau

Ku tahu semua akan berakhir

Tapi ku tak rela lepaskanmu

Kau tanya mengapa aku tak ingin pergi darimu

Dan mulutku diam membisu



Salahkah bila diriku terlalu mencintaimu

Jangan tanyakan mengapa karena aku tak tahu

Aku pun tak ingin bila kau pergi tinggalkan aku

Masihkah ada hasratmu 'tuk mencintaiku lagi

Apa yang harus aku lakukan

'Tuk menarik perhatianmu lagi

Walau pun harus mengiba

Agar kau tetap di sini

Lihat aku duhai sayangku....



: Aku story sikitla... huhuhuu..lagu ni romantis yer.... memang layan.. aku amat hargai siapa yang pernah menyayangi aku dan mencintai diriku ni... kita insan yang penuh dengan emosi dan sikap yang xdapat diramalkan... so aku sahaja nak kongsi dengan kawan2 dan sahabat aku pasal lirik lagu ni.... hari jiwaku x berapa best.jiwa kacaau.. tapi dalam jiwa kacau ni jugak aku gembira nak menyambut BULAN RAMADHAN....setiap tahun akan ku tunggu bulan yang mulia dengan penuh kegembiraan...bulan yang penuh dengan beribadah... TAKBIR!!!!

Berulang kali jugak aku ulang lagu ni..lagu ini telah disampaikan oleh RATU dari Indonesia...simple dan mesej jelas yang menunjukan si dia betul2 mencintai seseorang....

Thursday, August 28, 2008

Anwar Ibrahim telah bersumpah



(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh pada jam 10:03 minit pagi di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Selepas upacara angkat sumpah tersebut, Anwar menandatagani surat akujanji.
Pandikar kemudiannya mengalu-alukan Anwar sebagai ahli Parlimen yang baru dan mengumumkan kepada ahli Dewan Rakyat mengenai perlantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Setelah Pandikar mengumumkan Anwar sebagai sebagai Ketua Pembangkang, ahli Parlimen Pakatan Rakyat menepuk meja tanda setuju. Menteri yang hadir hanya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapha Mohamed bersama-sama dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Datuk Zaid Ibrahim. Manakala yang lain dihadiri oleh ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Terdahulu Anwar tiba di Lobi Parlimen untuk upacara mengangkat sumpah pada jam 9:50 pagi diiringi isterinya, Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah.
Turut sama mengiringi beliau adalah, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Anwar hadir dengan memakai baju Melayu berwarna hitam.
Difahamkan satu sidang media akan diadakan selepas upacara angkat sumpah tersebut.

3 Hari


.. Dalam..suasana politik negara dalam.. kearah perubahan..ekonomi yang kurang stabil..rakyat masih lagi tabah menghadapi kesemuanya.. ALHAMDULILAH itu la..rakyat MALAYSIA... yang penuh dgn kesabaran dan keyakinan..

Dalam berapa hari lagi, Bulan yang mulia penuh dgn pengisian ilmu dan amalan iaitu bulan RAMADHAN.. alhamdulilah... syukur...!!! akan tiba...bulan yang ku nantikan setiap tahun...Seluruh umat ISLAM..akan menjadikan bulan ini adalah bulan amalan,merapatkan silatulrahim.. (kita Harapkan begitu)...Jangan biarkan Ramadhan pergi begitu saja..tanpa kita mengisinya dgn penuh keredhaan..Bulan yang MULIA dalam seribu bulan adalah RAMADHAN

TAKBIR!!!!

Wednesday, August 27, 2008

Angkat Sumpah


Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai

Ahli Parlimen pada sidang parlimen 28 Ogos 2008.. (esok) -

Kenyataan ini telah diumumkan oleh Speaker Parlimen

sebentar tadi...



Sidang Media DSAI

— KENYATAAN MEDIA —-

PERMATANG PAUH, MALAYSIA, 26 OGOS 20008

Alhamdulillah, Allah memberikan kita kejayaan. Kemenangan ini merupakan saat penentu dan bakal menentukan hala tuju negara ini.

Saya berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada hari bersejarah ini. Ianya merupakan kemenangan buat rakyat.

Pada 8 Mac rakyat Malaysia memilih Harapan Baru. Hari ini di saat kita bakal menyambut hari kemerdekaan, rakyat menyahut seruan tersebut. Dengan ini kita merayakant hari kemerdekaan sepertimana pendiri-pendiri negara kita inginkan-sebuah negara dan rakyat yang bersatu.

Berhadapan dengan cabaran yang getir, kita memilih untuk menumpukan perhatian kepada isu yang berkaitan dengan negara ini. Seruan kita agar negara ini bersatu, mulai mengamalkan urus tadbir yang baik dan memperkasakan ekonomi telah menguburkan kempen yang berbaur perkauman, cita-cita individu yang sering mendapat habuan hasil dari penyalahgunaan kuasa dan eksploitasi politik yang berasaskan ketakutan serta penipuan.

Kami telah menjanjikan satu lembaran baru untuk Malaysia dan kami pasti akan melaksanakan janji kami. Kami akan melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia untuk memulihkan keadaan ekonomi kita, membasmi kemiskinan dan membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Kami akan memulihkan intergriti badan kehakiman, memerangi rasuah dan membina sebuah negara yang bersatu.

Dan kami akan menjadi sebuah kerajaan yang komited untuk merealisasikan aspirasi rakyat.

Dengan kejayaan 8 Mac dan juga kemenangan malam ini saya berani untuk menegaskan kita mampu bersama-sama menghadapi segala rintangan di masa hadapan.

Kami tidak akan menang tanpa dokongan kukuh dari rakan-rakan kami dalam Pakatan Rakyat dan juga sokongan ribuan rakyat Malaysia tidak kira samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, yang datang ke Permatang Pauh, bekerja keras, memerah keringat serta mengirim doa demi memastikan kemenangan ini. Saya sangat menghargai keberanian, tekad dan kesungguhan kamu semua; saya mengucapkan tahniah terhadap komitmen saudara semua terhadap prinsip bersama sebuah kemerdekaan, keadilan dan demokrasi.

Langkah kecil buat Permatang Pauh hari ini akan memastikan perubahan besar buat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

Kemenangan PKR -P44


KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN PERMATANG PAUH (P44):

Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan): 31,195 undi
Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi
Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi

Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi

Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi

Tuesday, August 26, 2008

26 August 2008 -P44-


Salam..pada semua.. kawan2 ku..sahabatku.. lama jugak x update blog aku ni... OK.. so hari dah 260808 date yang semua.. seluruh RAKYAT MALAYSIA.. yang inginkan HARAPAN MALAYSIA BARU..telah tiba...

Pembuangan undi di Permatang Pauh.. seluruh Dunia..menerima dan membuat laporan untuk menyaksikan Pertembungan Hebat antara PKR vs BN vs AKIM... PKR diwakili oleh calon yang semua orang tahu tentang kredibility nya...Datuk Seri Anwar Ibrahim dan BN diwakili oleh Ariff Shah.. dan AKIm..(maaf aku xkenal sangat nama ustaz2) hehehehe.. bukan nak memperkecilkanya..
Sekitar jam 1.45ptg..jumlah pengundi meningkat ke 53% untuk membuang undi...

KITA doakan agar Pilihanraya P44 akan menjadikan titik perubahan ke ARAH MALAYSIA BARU..

Reformasi...reformasi...reformasi...


Thursday, August 21, 2008

Kownledge Sharing


What is Business Continuity Management.


"Holistic management process that identifies potential impacts that threatens an organisation and provides a framework for building and capacity for an effective response that safeguards the interest of its key stakeholders, reputation, brand and value creating activities."

Business Continuity Institute / Disaster Recovery Institute

Wednesday, August 20, 2008

Renungan

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan, "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu saya mohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang disengajakan mahupun yang tidak disengajakan , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna...amin

Kerja...@ Working

Melangkah kaki masuk office pasti akan memikirkan kerja, kerja, kerja…

Iitulah kehidupan insan yang mempunyai tanggungjawab yang bergelar pekerja…

Setiap hari isnin pasti semua akan mengeluh….Ermmmmm “bosannye hari ni”!!!!....

Ini kerana pada hari sebelumnya iaitu hari minggu, kita telah merehatkan diri, hang out kesana kemari, lepak , shopping, dating.. dan semua yang ada ting2..

Jadi, bila tiba hari isnin, kebosanan datang melanda dan hari Isnin juga digelarkan sebagai Monday Blues.

Masuk jam 8.00 pagi, majority pekerja akan ke kafé bagi menikmati sarapan pagi..
Ada yang makan nasi lemak dengan teh tarik.. Ada yang membawa bekal.. Senang cerita, pelbagai ragam manusia dapat dilihat ketika menikmati sarapan….Ada yang sambil makan dan minum sambil berbual tentang aktiviti hujung minggu, dan bagi yang bujang pula berbual pasal filem terkini, kereta, bola sepak ( EPL) dan macam – macam lagi. Bila menyentuh bab bolasepak, ada yang sokong LIVERPOOL, ada pula meminati CHELSEA, ada yang fanatik dengan MU, dan tak kurang juga yang menyokong ARSENAL. Kadang – kadang, kerana bola, sampai bertekak pun ada.. Iyelah.. Team dah la kalah kan! Lepas tu kena kutuk dengan kawan – kawan penyokong team lain, lagilah haru – biru dibuatnya. Itu bagi lelaki la.

Klu perempuan lain cerita pulak. Cerita pasal kain baju, anak Mak Jah kahwin minggu ni, pasal laki tak balik rumah hujung minggu, pasal resipi masakan dan macam – macam gossip yang timbul.

Berbual punya tekun sampaikan masakan di kafé yang tak cukup garam pun tak kisah. Macam – macam kerenah manusia. Pening jugak bila difikirkan.

Sedar tak sedar jam dah 8.45 pagi.

Pukul 9pagi baru duduk kat tempat untuk memulakan kerja. Panaskan PC dulu. Sambil – sambil PC nak warm up, sempat lagi call member dulu. Borak punya borak, dah 9.15pagi.

Kemudian, baru buat kerja satu jam lebih, jam 10.30 pagi ni semua dah mula nak melepak. Sambil borak sambil hisap rokok. Lepak pulak bukan sekejap sampai pukul 11.15pagi pulak tu. Entahlah. Nasib baik bukan company aku, kalau company aku, semua kaki lepak ni aku cakap “You’re fired!” Sebab bukan company aku la, aku pun join lepak sekali.

Sambung la kerja selepas melepak dan berborak ala kadar (ala kadar ke kalau dah sampai sejam lebih) Sambung kerja sampai jam 12.30 tengahari. Lepas tu semua berebut – rebut keluar ofis nak pegi lunch (padahal bukannya nak makan sangat pun) Lunch (konon) pulak sampai 2.45 petang. Ini la rutin seorang pekerja ofis yang mengikut waktu normal pejabat.


Masuk jam 2.45 petang bukannya nak terus buat kerja tapi pegi ke surau untuk solat zohor. (Wajib buat ni walaupun ada yang buat – buat lupa). Bagi yang uzur tu takpelah kalau melangut kat meja sambil chatting tak tentu masa. YM la, MSN la.. Macam – macam.

Kerja punya kerja sampai 3.45 petang. Penat tak sempat rasa dah keluar lepak lagi kat kafé. Cerita macam - macam la keluar walaupun cerita tu sama dari pagi tadi. Ada yang nak jual barang la, Ada yang beli kasut bola baru la. Entahlah. Sedar – sedar dah pukul 4.30 petang. Alamak! Lagi 30mint dah nak balik ni. Masuk pejabat balik dengan keadaan tergesa – gesa sambil memegang kertas (konon – konon sibuk sangat la, padahal kertas tu pun jumpa kat mana la) kemudian duduk kat tempat sendiri, mata sempat menjeling bilik bos, tengok – tengok kalau bos ada meeting ke, bos tengah layan customer ke. Kalau bos dah hilang, jawabnya anak buah pun hilang jugakla. Tapi bos ada kat bilik, kena la tunggu sampai pukul 5 petang nanti. Dalam tempoh setengah jam yang tinggal, just tutup PC, kemas meja apa yang patut, kemas fail yang sengaja disepahkan supaya nampak sibuk sangat dan bila semua dah selesai, tunggu time untuk berangkat la. Haha.

Dalam tempoh setengah jam menunggu tu dah rasa macam 5 tahun lamanya. Jam terasa seakan berhenti. Perasaan untuk menamatkan kerja (borak sebenarnya) pada hari itu semakin kuat. Tiba sahaja masa balik, semua menunggu dengan penuh kesabaran seolah – olah para pelajar menunggu detik bunyinya loceng untuk pulang ke rumah tepat jam 5 petang. Semua pekerja berduyun – duyun ke tempat “punch card” Dalam masa 15 minit semua department dah sunyi sepi. Selesailah rutin harian seorang pekerja waktu pejabat.

Tuesday, August 19, 2008

Poster Kempen P44





Fikirkan Bersama


Inilah Anak - Anak Muda Yang Hilang Kewarasan Akal dan Akhlak di Penamaan Calon, Permatang Pauh. Adakah ini anak - anak anda?
Mahukah anda memilih pemimpin masa depan seperti ini?


Fikir - fikirkan...
Jangan jadi bodoh dengan masih lagi menyokong parti yang mereka sokong.
Berhijrahlah.

Nurkilan Dari : Khairul Anwar Mat Azidin

Monday, August 18, 2008

150808


Salam.. Semua.. dan selamat berjuang ke arah MALAYSIA BARU... Dari Permatang Pauh Ke Putrajaya....

Pada hari jumaat lepas 150808 ku dan sahabat2 ku dari KL telah pun bertolak ke permatang pauh.. apa lagi bro...penamaan calon pada 160808...aku ni dah hampir 6tahun tak balik penang..siot.. hahaha.. tapi difikirkan kerna perjuangan yang suci ku korban segalanya.. hehehehe.. ye ke..nas!!!!... tapi memang meriah dengan kerenah kawan ku yang gile terutama L & anak pakcik selamat IZAR.. hahaha.. nanti ku letak gambar diorang.. hahahaha.. Kira dalam perjalanan tu x mengantuk la...huhuhuu.. mulanya aku la.. yang drive dah bawaq cam raikonen..hehehe.. nak kejar solat JUMAAT... so sampai R&R Tapah ku tukar drive la.. L pulak yang bawaq.... aku call L ni bukan yer pe... coz dia ni tinggi sangat nama ni dah dari school lagi... So dalam perjalanan tu semua bahasa kami bertukaq jadi seleng UTARA.. hahaha ( hampa tak habaq kt kami pun nak mai penang.. hahaha.. mau pekena nasi kandaq la...)

L pun bawa dengan penuh sopan sambil berkata2 seperti seorg pengarah terbaik.. hahahaha.. coz dia pasang lagu Loving Giler.. lagu mariah carey la.. celine dion la... biasala tgh anggau.. hahahaha.. so kita orang tiba di Chemor.. di Sekolah Mahad Al Ummah.. tempat kitaorang belajar dulu la....

Yang paling best...kitaorang arrive jer.. kitaorang disambut oleh seorang yang disayangi oleh IZAR... PAkCik Shamsudin.. "SMALL MATTER"....hahahaha.. ayat tu la.. yang digunakan oleh pakcik shamsudin dr kitaorang Form 1 to 5...

So sambil menantikan masuk waktu dan menuaikan solat jummat lepak jap kat kereta..sambil terkenang zaman pemerintahan aku dulu di ASMARA..MUC.. hahahaha.. Penghulu Asrama katakan.. tapi sedih & happy bila terkenang memory pahit manis ... di MUC.. huhuuhu...

Lepas solat jumaat kitaorang pun cari kedai hardware.. nak beli kayu... nak pasang bendera KeADILan... so sepanjang perjalanan ke permatang pauh.. kereta aku ni telah menarik perhatian pemandu2 dari utara dan ke selatan dgn memberi isyarat tanda sokongan... wah kitaorang dah promote pilihanraya P44..memang best.....

Ok nanti akan ku story pulak kat korang pasall..aku dan sahabatku diPermatang.....to be continue...

P44 Trip

Jumaat 15 Ogos 2008 dan Sabtu 16 Ogos 2008

9.30pagi : Bersarapan di Bandar Baru Sentul

10.30pagi : Bertolak ke Permatang Pauh

11.5opagi : Berhenti di R & R Tapah

12.45tghr : Singgah di Ma'ahad Al Ummah, Chemor - Solat Jumaat

2.30ptg : Meneruskan perjalanan ke Permatang Pauh

3.45ptg : Berhenti R & R Bukit Merah

5.20ptg : Tiba di Tol Juru

5.50ptg : Singgah di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Permatang Pasir - Ceramah Anwar Ibrahim

6.20ptg : Ke Yayasan Aman, Penanti. Permatang Pauh.

7.45ptg : Ke rumah penginapan petugas Wilayah Persekutuan.

9.30mlm : Ke Taklimat AMK Malaysia bersama YB Fuziah Salleh di Taman Samagagah.

10.45mlm : Taklimat sulit oleh Ketua AMK Malaysia.

11.30mlm : Ke Ceramah Anwar Ibrahim di Kubang Semang sambil pekena Nasi Kandaq!

1.00pagi : Pulang ke rumah penginapan.

3.00pagi : Menyambut ketibaan bas - bas rombongan dari Kuala Lumpur dan makan nasi kandaq di Bukit Mertajam.

4.30pagi : Pulang ke rumah penginapan dan tidur.

6.30pagi : Bangun, Solat Subuh dan bersiap untuk ke Penamaan Calon di Maktab Tunku Bainon.

7.30pagi : Tiba di Tempat Penamaan Calon

1.30ptg : Hujan lebat selepas Proses Penamaan Calon. Basah kuyup.

2.00ptg : Balik ke rumah penginapan. Jalan sesak teruk sehingga 5 kilometer.

4.00ptg :
Bertolak pulang ke KL.

Hasil Nurkilan : dari Khairul Anwar Mat Azidin..."AMK Batu"


Galeri P44 - Permatang Pauh


KeYakinan

KeseTiaan

KeADILan untuk Semua

Kuasa Rakyat

Kebangkitan Rakyat

Anwar Ibrahim

Penamaan Calon

Thursday, August 14, 2008

Penamaan Calon P44

Penamaan calon P44 (Permatang Pauh)
16 August 2008

Siapa yang bakal menang majoriti yang besar?

PKR? BN? @ Bebas?

Kita Saksikan keputusanya pada 26 August 2008.....




Memory


Selamat pagi dan salam khamis untuk kawan2 yang melayari internet & blogku ni...dalam masa yang sama..semasa aku menulis blog ni..aku lepak kat tempat yang sentiasa dianggap aku tempat yang rimas dengan kertas2..hahahahaha.. huhuhuhu apa lagi klu bukan tempat kerja aku la....dah la.. aku pening... mmmmm.. entah la.. klu selalu mengeluh ni bukannya elok sangat...aku buat biasa jer la..

Bangun tido..mandi.. solat..siap.. mmm apa lagi gerak la g kerja.. cam 2 la.. rutin 5 hari seorang staff di sebuah syarikat GLC... klu study dulu xd la.. cam ni sgt.. hahaha.. fikir study, enjoy awek la... hahahaha nanti aku letak gambar awek yang berlakon dalam I'm Not Single.. tapi aku SINGLE lagi hahahahaha...........sweet siot.. hahahaha..pandai2 la korang menilai nya.... So hari ini aku saja nak tulis isu yang biasa2 jer.. xd la.. sampai korang nak pening kepala....memikirkan cam mana nak menang dalam pilihanraya....

Dulu time aku belajar kat MUC ker INPENS ker.. happy siot.. biasala... enjoy... tapi kenangan aku yang paling bila ada di MUC.... yela.. semua kekwan best...xd la..aku cakap kekawan inpens xbest.. tapi ni semua memory yang xakan ku lupakan....bila buat reunion aku jumpa kawan yang dah 10 tahun xjumap.. byk giler yang dah berubah...yela.. nama pun reunion.. hahahaha... senggal...

Dalam blog aku ni... aku menggunakan bahasa yang biasa boleh korang faham.. kita dari hatiku la.. hehehehe.. kadang2 aku ni jiwa kacau jugak... biasa..siapa kata jiwa xkacau.. klu bnyak kerja bukan dinamakan jiwa kacau.. bukan break dgn awek jer bro.. jiwa kacau... bnyak faktor lain.. hehehehe..

nanti aku cerita pasal jiwa kacau pulak.. siap aku attach lirik lagu IBNOR RIZA lagi.."mimpi yang tak sudah"hahahaha k bro and sis....

Salam...

Wednesday, August 13, 2008

Malaysia Airports Holdings Berhad


Malaysia Airports Holdings Berhad adalah sebuah GLC yang mengendalikan operasi lapangan terbang diseluruh Malaysia Kecuali Senai Airport.

MAHB mengendalikan 39 airports seluruh Malaysia...5 International Airports , 16 Domestic , 18 Stol port.

Malaysia Airports:

Vission

"World Class Airport Business"

Mission

"Providing world class aviation gateways; managing cost effective airport effective airport network and services;exceeding the expectations of customers,shareholders and other stakeholders"

Program DSAI di Pematang Pauh


Ceramah Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh

Tarikh: 13/8 /2008 - Rabu -

Masa: 9 mlm

Tempat: Pusat Khidmat YB Hamdan, Kg Kota, permatang Pasir.

JuARa Soto


Aku...semlm g lepak kat JUARA SOTO bersama L, dan izar.. kitaorang ni memang senasib...entah sampai boleh cipta lagu la.. hahahaa.. tapi pencipta dan gubahan muzik dirahsiakan, atas faktor keselamatan pihak itu...mmmm aku sentiasa mencari apa yang sentiasa tiada.. hahaha.. dah macam orang berjiwa kacau...

Klu korang nak tahu.. JUARA SOTO ni...adalah yang terbaik kat K.L..memang layan siot.. dah la ada pelayan yang peramah... klu korang datang sana mesti tahu.. hahahaha...
Juara Soto ni terletak di kampung pandaan..senang je nak cari.. ikut MRR2...betul2 depan petronas kg.pandan... eh!!! pe hal yang aku cerita juara soto ni..hahahahaha....

so korang g sana baru korang tahu bertapa powernyer.. JUARA SOTO... layan sudeyyyyy


RahSia

Salam..apa yang ada pada rahsia?....kadang aku fikir sorg2 time tgh drive..apa yang dimaksudkan dgn rahsia???? ..mmmm rahsia cam satu perkara sulit yang xperlu diceritakan oleh sesiapa.. kecuali perkara itu diceritakan oleh orang yang boleh dipercayai....( klu salah tlg betulkan)...wah!!! cam serius jer bunyikan.. ok..(aku xnak pagi2 ni aku serius sgt nanti xseronok pulak nak kerja....hehehe)

Semalam..aku dan housemate terkejut dgn sorg housemate yang nak kahwin..tiba2 dapat kad atas meja..uhhhhh!!! sungguh berahsia..sampai 1 rumah xtahu dan 1 office..mmm HAK SESEORANG...semlm aku rasa cam bosan dok rumah seorg..yela..mana xbosan...2 orang housemate dah nak kawin bulan 8 ni, yg sorg lg balik lewat kerja..tinggal aku jer...uhhuhuhuhu... so aku contact member ajak lepak... huhuhuhu.. perkara senggal aku buat dari Kota warisan,ke kg.pandan..dari kg.pandan ke bangi..dari bangi ke K.l dan dari K.l ke damansara..dan terus pulang ker rumah ku di subang....
dah tahu minyak mahal lagi ko nak kuar nas!!!.. hahahaha.. kawanku kata nak sponsor minyak tapi xdapat lagi.... yela.. jiwa ku kacau siot.... dah memang senggal...aku redha dgn UJIAN NYA....

Kadang bila kau tinggal seorang2.. fikiran ni melayang jugak.. klu aku lakuakan ini..buat, itu ini....nanti pasti akan MATI jugak... tapi yela...hidup kena diteruskan...keja sungguh2 ibarat nak hidup seribu tahun..ibadah/amalan sungguh2 ibarat nak mati esok hari....

Yela.. dalam hidup ni semuanya perlu ada kesungguhan untuk melakukan sesuatu perkara.... kita perlu teruskan usaha untuk dapat apa yang kita inginkan.... jika ada halangan dan cabaran barulah dinamakan kehidupan...(klu rasa nak tackle awek yang kita minati dan suka..cinta sayang.. teruskan jgn putus asa hehehehe)....teruskan.. begitu jika kita bekerja dan melakukan amalan.... teruskan..dan teruskan... jgn berhenti ditengah jalan..... anda mampu melakukan yang terbaik....anda mampu mengubahnya

entah La


Baru sahaja nak bangun...terus tido balik...bangun dan tido... dalam xsedar dah nak masuk bulan MERDEKA!!!!!..Pantas bangat masa ni sekarang.. tapi aku tetap aku....masih seperti dahulu... aku ni baru je buat blog ni.. yela....selalu nk create je.. ada hal lain.. so masa yang ada ni aku buat jugak la... walau dalam kesibukan persediaan workshop...so aku wish untuk diri aku.. WELCOME TO MY BLOG ahha08....aku suka perkataan "ahha" bukannye apa....coz AKu Hanya AKu..." yang num 08 coz aku minat Steven Gerrard.....dan 8 ni Ong... hehehehehe...++++ Salam for all my friends....orang kata LAYAN SUDEYYYYYY!!!