Friday, September 26, 2008

Pelita


Gambar Hiasan

Perjalanan hidup semakin hari semakin mencabar.... mahu xnya..semua mencari rezeki untuk menjana kehidupan...Tapi hari ku xnak la.. terlalu serius sangat dalam coretan ku ni.. yela.. kadang2 terlalu serius pun bosan..siot.. hehehehe...

So hari ni dah hari yang ker 26 kita berpuasa? ADAKAH kawan2 ku penuh berpuasa? ada yang puasa 1minggu sahaja? so faham2 la.. nak ganati lepas raya ni k... semua kawan2 ku pun dah boleh anak menantu kan... dah dewasa...!!!!

Semalam aku lepak kat PELITA KLCC.. so pelita ni dah jadi tempat SLP..(Sesi Luahan PerasaaN) tapi JERMY dan LIN xjoin la..(Germy dan Lin adalah nama yang tiba2 ku teringat...so bila ku couple kan nama ni jadi GELI.. hehehe...) dalam suasana yang agak meriah di PELITA dgn sesi borak -borak pelayan..LAN PETPET dgn WIFE nyer...,suami isteri,rakan sekerja.. AWEK2...

SLP semalam telah dipengerusikan oleh ELL..dan ahli masalah IZAR..aku pengkritik bebas..
Gambar Hiasan

haha..biasala.. Izar dgn kecelaruanya..dalam CINTA... mmmmm biasala nak sanagt KARIPAP..sehingga dapat cipta lagu KARIPAP....

So semua kawan2 mesti dah pulang ke desa..Dari bumbung rumah ke bumbung rumah... hahahaha...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

Wednesday, September 24, 2008

CINTA

Manusia sentiasa mencari CINTA dan KASIH SAYANG untuk melayari erti kehidupan. Perkara ini amat penting jika tiada.. maka tidak akan sempurna perjalanan hidup...Cinta menjadikan seorang itu bahagia..jikalau pasangan kekasih membawa cinta yang sejati dan sebenar!!....INDAH sungguh ciptaan NYA!!!..yang memberikan manusia perasaan sebegini... BAHAGIA sungguh jika dilihat dgn dengan mata hati yang sempurna cinta yang amat mendalam...

Suasana pagi dgn tiupan angin yang merdu dgn embun yang membasahi bunga menjadikan indah pada suasana pagi dalam erti CINTA SEORANG INSAN....


Gambar Hiasan

Monday, September 22, 2008

DING dong....

Hari ini ISNIN 22 September 2008.... bersamaan 22 RAMAHDAN... hari ini bosan giler..dah la bangun LEWAT....d meeting lagi ...huhuhu..

Bangun tido hari minggu
Cari awek di Sunway Piramid
Aku masih tertungu tunggu
Nk dapat awek mesti dapat Permit..

hahahaha.. sorry aku dah masuk air hari ni.. ELL pantun aku pun nak la..

Friday, September 19, 2008

SaHaBaT

"Permulaan yang baik"...will done..!!! perkataan ni selalu kita dengar didalam program realiti TV yang menjadi kegilaan kebanyakkan rakyat MALAYSIA..tapi bukan isu ini yang akan ku ceritakan.. tapi isu SAHABAT...

SAHABAT,..adalah seorang yang setia mendengar,dan menolong selagi mampu pd sahabat yang lain... jika kita fikirkan..jika manusia tidak memnpunyai teman apa yang akan jadi dalam hidupnya?? Mungkin akan kesunyian..mungkin menjadi seorang yang pendiam dan tidak mempunyai keyakinan diri?...so kita fikirkan sendiri....

Apa yang dapat dilihat disini..sahabat memainkan peranan penting untuk membangkitkan semangat seorang kawan yang dalam kesusahan. Pelbagai kesusahan dialami oleh manusia..ye..kita mempunyai hati dan perasaan. SOAL CINTA, KEWANGAN, HATI, KELUARGA, EKONOMI, SOSIAL, POLITIK...Semua manusia mempunyai masalah dan kesusahan..(keHIDUPAN) dan memerlukan bantuan dan pandangan dalam menyelesaikan masalah tersebut. Pandangan serta pendapat memang amat berbeza kerna kita insan manusia yang sentiasa mempunyai sifat dan sikap tersendiri untuk menjayakan diri sendiri...Harapan dan keyakinan seorang kawan kepada sahabat amat tinggi untuk menbantu dalam pelbagai masalah.. hanya kemampuan sahabat sahaja dgn ertiya mahu atau tidak mahu.

Jika seoarang rakan,kawan @ sahabat inginkan pertolongan..kita hulurkan selagi mampu..hulurkan bantuan dgn sebanyaknya dalam BULAN YANG MULIA ini..semoga bantuan kita akan dibalas dgn mulia diSISI NYA...Jika kita dapat membantu mereka dan tercapai cita-citanya pasti mereka akan mengucapkan TERIMA KASIH...tapi kita perlu ingat BALASANNYA lebih BESAR dari ucapan TERIMA KASIH...

Salam Jumaat Untuk Semua

Tuesday, September 16, 2008

HARAPAN

16 September 2008 telah pun tiba...HARAPAN MALAYSIA YANG BARU...Mari kita sama2 Berdoa pada ALLAH agar harapan kita akan berjaya...Semua Rakyat Malaysia menantikan detik yang paling bersejarah....jika ini berlaku dgn izin dari NYA..maka terkubur politik manusia yang sentiasa rakus,tamak dgn kemewahan dunia...

Apa yang pasti 16 September adalah HARI MALAYSIA...Detik ini akan menjadikan rakyat Malaysia lebih berilmu.beriman dan bertakwa.Suara Rakyat adalah suara keramat.

Monday, September 15, 2008

SAMAN LAGI....




..Salam... hari ini telah masuk RAMAHDAN yang KE15..so ada ke kawan2 ku yang pose penuh.. dengarnya.. ada yang tinggal seminggu...mmmmm maybe dia UZUR... hahaha.. ok la.. aku pun dh lama xupdate blog KU ni.. so hari ni ku update sikit...

So korang pun dah tahu.. LIVERPOOL vs .M.UNITED..resultnya LIVERPOOL MENANG.. hari perlawanan aku g buka puasa kat HARTAMAS gan farhan,mica,adik farhan dan faisha..ramai beb..peyokong YOU'LL NEVER WALK ALONE & RED DEVILS..dgn awek2 nyer.. hahahah..so hari tu aku rasa hanya puasa menahan lapar dahaga sahaja.. mau x yer.. GIRLS2... huhuhu.. xnak cerita la...so buat member ku faisha..maaf la.. coz LIVERPOOL berjaya.. hahahaha..

Lepas je tgk bola aku g Danau Kota Setapak.. aku nak cari Tools..ala..kereta mainan kecil yang cam HOT Wheels aku cari bukan untuk collection ku..tapi untuk SIMULATION BCM (Business Continuity Managment).... so cari punya cari xd..yela..semua orang sibuk dgn Persiapan Raya aku je g cari kereta mainan... hahahaha..aku call IZAR gan si mamat BERCINTA sapa Lg ELL la..huhuhuhu... time aku otw balik aku selisih dgn WAHIDA...so lepak jap 15 minit cerita pasal kawan2..lama... Aku teruskan perjalanan menuju ke JUARA SOTO...g amik si IZAR & ELL..kita orang lepak kat PELITA KLCC sambil menonton game MAN CITY vs CHELSEA...dalam masa yang sama ada pulak SESI LUAHAN PERASAAN (SLP) oleh IZAR...yang resah dgn jiwa yang bebelah bahagi...tapi klu ELL dah xd nak jiwa kacau..sekarang ni semuanya INDAH BERLAKA.. hahahaha..x kurang hebatnya AKU pun SLP jugak.. hahahaha... ELL dgn menyampaikan PROPOSAL untuk kami semua..BERKAH....... hahahaha, dalam cadangan...huhuhuhuhu... habis GAME..kita orang pun balik... sampai jer aku kat KERETA MYVI ku..KU LIHAT ADA SEHELAI KERTAS PUTIH...AKU KENA SAMAN LAGI>>>>>>HAHAHAHA>>> apa lagi BAYAR LA NAS... so pengajaran dari cerita ni... JANGAN PARKING KERETA DI GARISAN KUNING.....hahahaha.. Selamat Berpuasa....

Thursday, September 11, 2008

JODOH DI TANGAN TUHAN

Alhamdulilah...Secara ringkas disini ku ingin memberitahu..seorang kawanku yang Baik dgn budi bahasa, jiwa yang tenang,wajah nk kata hensem xd la sangat tapi jika dipandang ada sikit cam AMIR KHAN..so memang gadis akan tertawan dgn keKACAKAN yer.. tapi itu x penting.. yang penting jiwanya baik dan suci...pegangan AGAMA yang kuat..Alhamdulilah jika mak metua @ ayah metua dapat menantu cam ni....JEJAKA yang ku cerita kan ini telah bertemu JODOHNYA..pada 11RAMADHAN 1430H...11 September 2008 (Tarikh ini pasti seluruh Dunia ingat..coz kejadian WTC diserang Di United State)... (Berkat sungguh) AMIN>>>>>>

Alhamdulilah..usahanya telah berjaya...ALLAH MAHA KUASA...

KU ucapakan SEMOGA ke JINJANG PELAMIN..dan Selamat Berpuasa dgn Hati yang tenang..dan xperlu nak fikir apa2 lagi..TUMPU pada yang ADA...

TAKBIR

Monday, September 8, 2008

BPJ.. BIG PAPA JOHN




Ok... bila tengok pada tajuk jer.. BPJ.. bukannye BATU PAHAT JOHOR, tapi BIG PAPA JOHN.. Big Papa John ni gerai kawanku si IZAR dan Ell ( BAZAR RAMADHAN TAMAN MELUR AMPANG) diorang ni bagus dari aku..coz ada jugak niat baik nak berniaga.. so aku sokong usaha pemuda AMK ni....nak di jadikan cerita hari sabtu lepas (060908).. hujan dari pagi bermula 11am sampai la..jam 3pm.. aku sengal jugak dok rumah.. so aku call la..si izar..

Perjalananku agak mencabar jugak nak ke sana dgn kesesakan lalulintas.. aku pun first time masuk ke penghujung ampang.. so alhamdulilah aku xsesak....dgn arahan dari ELL.. aku smp awal dari (shahrir dgn tunang yer) dia 5.30pm aku 5.15pm hari yg berbeza..hahaha...hehehehe bila sampai jer.. ramai sungguh penghujung bazar Ramadhan...biasala.. hari sabtu kan!! lepas hujan pulak..

aku smp je ELL cakap "MAT buka pose kat sini k!! ko dtg awal sgt takut ko boring!!! izar pun cakap cam2..izar dah xleh cakap pe bz sgt.. hahahah... customer belum ramai lagi di BIG PAPA JOHN kira boleh la.. borak2 jap...nak jadikan cerita aku tnya izar ko ada bawa CHEES ke.. izar cakap...mat aku tinggal kat umah.. so aku mempelawa diri untuk beli chees...YUH... semua kedai xd...

6.05pm - Time ni orang dah mula ramai...singgah ke BIG PAPA JOHN...pada mulanya aku hanya melihat dan duduk sahaja.... xpatut sungguh aku ni.. "Bulan mulia ni mesti tlg kawan2"..

6.10pm - aku mula tolong bungkus..Roti John...izar dah makin bz..menyediakan PAPA JOHN..ELL juga bungkus dan cashier dan memberi angka giliran... (biasala ELL) hehehe...best pulak bungkus2 ni... dh lama aku xniaga cam ni..soit....layan...dalam kesibukan ada seorg gadis yang datang...iaitu KEKASIH lama ( EX girl ) salah seorg antara kami.. tolak AKU..& izar...hehehehe

6.45pm - aku g beli juadah....
7.00pm - kembali bertugas...nk jadikan cerita...tadi time aku beli juadah aku beli air tebu..korang nak tahu.. air tebu tumpang ..memang xd rezeki.. aku rasa bersalah...kt izar.. coz dia mengIDAM...air tebu..Merajuk pulak si izar ni...

7.18pm - dah waktu berbuka..masih ada customer datang... so korang boleh fikir betapa sedapnya BIG PAPA JOHN...

aku pun dapat berbuka puasa dgn ELL.izar dan kawan ell...so aku makan HALF PAPA JOHN sahaja...huhuhuhu aku ucapkan tahniah pada Ell dan izar.. kerana berjaya mejadi USAHAWAN AMK berjaya. so aku promote kat kwan ku yang baca blog aku ni..datangla.. ke BIG PAPA JOHN memang sedap..lain dari yang lain...... TAKBIR...

BIG PAPA JOHN
TMN MELUR,AMPANG

Thursday, September 4, 2008

Fikirkan Bersama

Petikan Dari HARAKAH DAILY..- Menarik bila dibaca- Fikirkan bersama


Ramai yang gembira dengan 'Belanjawan 2009 - kerajaan prihatin' berjumlah RM207.9 billion naik 5.1 peratus berbanding belanjawan 2008 yang dibentang Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, 29 Ogos lalu.

Gembira juga rakyat marhain mendengarnya apabila bayaran bil eletrik RM20 kebawah dikecualikan pembayaranya. Katanya pengcualian bayaran itu akan memberi manfaat kepada golongan sasar iaitu rakyat miskin walaupun ada yang berpendapat kerajaan BN 'fobia' dengan angka RM20 itu.

Sebagaimana biasa media arus perdana memainkan peranan propagandanya untuk menghebahkan kebaikan bajet kerajaan prihatin itu maka ramailah tokoh-tokoh diemput (dibayar) untuk bercakap memujikan kerajaan BN itu.

Di peringkat rakyat biasa, tidak kurang yang turut membahaskan isu sama di parlimen mereka, iaitu kedai kopi dan warung-warung .

Penulis sempat mencuri dengar perbahasan tanpa speker itu ketika singgah minum teh tarik disebuah warung, isi perbahasan mereka berbeza daripada apa yang dibahaskan oleh wakil rakyat di parlimen.

Namun mereka berbahas dengan telus dan baik tanpa ada yang mencelah atau mengganggu. Perbahasan begitu lancar sekali.

Jika speker parlimen, Tan Sri Pandikar Amin Mulia melihat perbahasan itu tentu beliau sendiri kagum kerana perbahasan tanpa pengerusi itu berjalan lebih lancar daripada perbahasan di parlimen yang dipengerusikannya.

Antara yang dibahaskan termasuklah isu pengecualian bil eletrik RM20 yang dikatanya sebagai hadiah kerajaan BN kepada rakyat berpendapatan rendah.

Pembahas A di kedai kopi bertanya, siapakah yang menggunakan eletrik dibawah RM20 itu?

"Rumah aku yang tak banyak peralatan eletrik pun kena bayar lebih dari RM20 sebulan dan tidak layak mendapat bil percuma," jelas si A memulakan bicara.

"Aku tahu siapa yang layak tidak perlu bayar bil eletrik itu," kata si B disebelahnya sambil menghirup teh tarik.

"Siapa? tanya si A.

"Mereka ialah pendatang asing," jawab B.

"Kenapa pula pendatang asing mendapat faedah itu, tidakkah kerajaan mengecualikan bayaran itu untuk rakyat miskin," si A inginkan penjelasan.

"Rakyat tempatan biasanya menyiapkan kelengkapan rumahnya dengan peralatan eletrik seperti televisyen, kipas angin, sterika, peti sejuk, peruk eletrik, cerek eletrik dan sebagainya, penggunaan peralatan itu walaupun dikira perlatan asas sahaja bagi sebuah rumah menyebabkan bayaran bil mereka pastinya melebihi RM20 sebulan.

"Bagi pendatang asing yang tinggal sementara di sini sudah pastinya mereka tidak memerlukan peti sejuk, sterika atau periuk eletrik, memadailah dengan televisyen dan kipas angin sahaja, ini menyebabkan bil eletrik bulanan mereka rendah di bawah RM20 sebulan, jadi merekalah yang layak menerima faedah bajet kerajaan prihatin itu," hujah si B.

"Ya tak ya juga, bil aku dah lebih RM20 itu pun aku tak pakai alat pendingin hawa pun, aku setuju dengan awak," kata A.

"Jika demikian Bajet kerajaan prihatin itu adalah untuk warga asing dari Indonesia , Bangladesh dan lain-lainlah ya, rakyat tempatan melopong juga la," kata si A.

"Hehehehe..." Semuanya ketawa mungkin geli hati dengan langkah kerajaan prihatin yang membuat bajet tidak mengenai sasaran.

Terfikir juga penulis kenapalah kerajaan tidak memberikan dalam bentuk rebet RM20 kepada semua pengguna eletrik supaya semua rakyat mendapat faedahnya.

Ini kerana melalui kaedah dalam bajet itu hanya penggunaan eletrik dibawah RM20 kebawah sahaja akan dikecualikan bayarannya, pengguna-pengguna yang menggunakan eletrik dibawah RM20 kemungkinan besar adalah mereka yang tidak tinggal tetap disini dalam erti kata lain adalah warga asing !.

Pendapat si B ada munasabahnya, kerana warga asing yang tinggal sementara disini mereka tidak akan membeli peralatan eletrik ayng besar sebagaimana penduduk tempatan. Apabila mereka tiada peti sejuk, sterika yang mengguna banyak banyak watt sudah tentu bil akan lebih rendah.

Berbeza dengan rakyat tempatan yang memang menetap disini dan inginkan keselesaan hidup sudah tentulah mereka membeli banyak perlatan eletrik .

Persoalanya adakah menteri kewangan berfikir perkara itu semasa membuat cadangan untuk mengecualikan bayaran bil RM20 kebawah itu?

Jika mereka sudah memikirkannya tentulah mereka telah mengenal pasti golongan sasaran sebenar, malanglah jika yang mendapat faedah adalah warga asing sedang rakyat tempatan berputih mata!.

Pengalaman seorang rakan penulis yang menyewakan rumah kepada warga asing dari Indonesia membuktikan kebenaran dakwaan si B.

Menurutnya, penyewa warga asing itu tidak membeli apa-apa peralatan eletrik dirumah sewanya. Mereka hanya mengunakan lampu dan bil eletrik bulanan mereka memang rendah dibawah RM20 sebulan. Nah...terbukti sudah memang warga asinglah yang bakal mendapat manfaat daripada Bajet kerajaan prihatin!.

Rupanya prihatin kerajaan BN bukan kepada rakyat tempatan tetapi kepada warga asing. - mr_

Tuesday, September 2, 2008

2 September 1983



Alhamdulilah.. hari ini 020908 adalah HARI JADI yang ke 25 tahun.. pantas sungguh masa berlalu...pejam celik dah 25tahun umur ku... So bnyak jugak la.. pengalaman hidup tapi xde la.. klu dibandingkan dgn orang2 lama... lagi bnyak & lebih pengalaman.

Yang specialnya tarikh lahir aku bersamaan dgn 2 RAMADHAN 1429H.. mungkin seumur hidup aku akan ku dapt cam ni...Pada Emak Ayah yang membesarkan aku ni dgn penuh kesabaran...tiada balasan yang dapat ku berikan pada mereka.. kerna besar sungguh pengorbanan mereka kepada aku.. bukan aku jer.. tapi pd semua kawan2 ku dan sahabat...

So hari ni aku rasa bersyukur kepada ALLAH kerna masih beriku peluang untuk aku hidup dan perlu beringat dgn kehidupan.. so ku Ucapkan Pada AHMAD NASRUL NADZRI ..Selamat Hari Jadi yang Ke 25 semoga mencapai kejayaan dalam kehidupan seperti hidup seribu tahun..dan beribadah seperti kematian akan tiba bila2 masa......