Wednesday, March 18, 2009

Ringkasan

Salam...

Walaupun aku masih disini, ingatan ku tetap pada semua kawan-kawan yang berada dimana sahaja. Aku tetap aku...

Ingatan ku sering bermain kenangan manis dan pahit pada masa kecil sehingga kini...aku tetap aku..

Aku mencari jalan yang suci untuk dibawa pada masa akan datang...hanya PADA NYA aku berserah..

Thursday, February 12, 2009

Petikan Artikel Dari DSAI...- Tradisi Membenakkan Rakyat -

Tindakan Kementerian Dalam Negeri yang bertindak merampas nashkah Suara Keadilan dan Harakah jelas menggambarkan ketidakmatangan Umno berhadapan dengan realiti kebangkitan rakyat.

Saya yakin dan percaya bahawasanya perkembangan mutakhir di Perak yang dikupas secara imperikal oleh blog-blog, dan kini didedah melalui media alternatif seperti Harakah dan Suara Keadilan membuatkan Umno-BN berada dalam keadaan gundah gulana.

Untuk apa dirampas akhbar berkenaan sedangkan akhbar-akhbar tersebut beroperasi secara sah menggunakan permit? Apa perlu ia dirampas jika benar Umno-Bn bertindak ‘dalam landasan yang betul’?

Utusan Malaysia, Berita Harian menyebarluas propaganda Umno-BN, menenggelamkan isu pencabulan perlembagaan oleh kerajaan haram BN di Perak dan memperbesarkan istilah ‘mohon derhaka’ Dato’ Seri Ir. Nizar.

Tambah menggelikan hati apabila Ketua Polis Negara melarang sebarang ceramah politik di seluruh Perak. Alasannya? Permit ceramah akan dibekukan sehingga “situasi kembali elok.”

Aduhai! Mengapa tidak diharamkan terus penggunaan komputer dan akses internet di seluruh Perak?

Rakyat semakin celik, dan akan terus getek melihat tindak tanduk Umno-BN yang kelihatan gagal belajar dari keputusan PRU-12.

Umno-BN boleh terus berusaha untuk membenakkan pemikiran rakyat, tetapi di akhirnya mereka akan tahu kelak bahawa rakyat tidak bodoh dan tidak mudah untuk diperbodohkan!

ANWAR IBRAHIM

Petikan ini diambil dari blog DSAI..

11/02/2009...

Renungan bersama tentang KERAJAAN yang memerintah sekarang... so fikirkan apa yang perlu dilakukan oleh RAKYAT..yang mempunyai KUASA BESAR untuk melakukan perUBAHAN...

Friday, January 30, 2009

Semuanya ada

Dalam hati ini semuanya ada..
mahu ini ,mahu itu...

Dalam hati ini semuanya ada
Kemana saja mahu berjalan dan pergi

Dalam hati ini semuanya ada
Kekasih lama, mahupun baru

Dalam hati ini semunya ada..
Wang dan harta

Dalam hati ini semuanya ada..
Iman dan takwa...

Tuesday, January 20, 2009

Jika aku diberi masa
Mana akan ku pergi..?
Jika aku diberi jalan
Mana akan ku lalui?
Jika aku diberi pilihan
Mana akan ku pilihan?

Hati dan keimanan padaNYA
memberi keyakinan untuk melalui semuanya...
Tiada siapa yang akan memahami diri ini
Yang mengetahui segalanya hanya diri ini dan DIA

Tuesday, January 13, 2009

IA Pasti

Berjalan, berlari
Melihat,memejam
Bercakap,membisu
Mengangkat,membaling
Membaca,mengira
Duduk,berdiri
Menangis,Ketawa
Semuanya.......
Ia Pasti DATANG & PERGI

Tuesday, January 6, 2009

Kerna Ia

Pencarian perlu diteruskan
Agar memberi suatu jawapan
Yang mana ia adalah kepastian

Hati terus bergelora
Apakah yang dikurnia
Persoalan menjadi batasan
Kerna ia selalu berahsia

Agar jiwa sentiasa menduga
Kerna Ia adalah Ia..

Monday, January 5, 2009

Persoalan...

Jari menghitung,
Masa berjalan,
Hati bertanya,
Kaki melangkah.
Penghitungan makin dicari..
Apakah langkah seterusnya?

Peristiwa lalu mengajar perjalanan hidup..
Setia menanti apakah Si Dia di hati

Wednesday, December 31, 2008

2008 to 2009

Mak...Jah..ooo mak jah!!! jeritan seorang jiran yang dalam..kebingungan...so nak jadikan cerita cam ni la.. hari ni dah 31 December 2008..last day untuk tahun 2008.. so apa yg telah kita berjaya beb dalam 2008? apa yang pahit dan yang manis terjadi?.

So banyak kan peristiwa yang berlaku..dalam 2008.. Tumbangnya 5 Negeri ke tangan Pakatan Rakyat!!! (KUASA RAKYAT).. politik Thailand gagal sehingga rakyat Thailand berjaya tawan Airport...klu la kt Malaysia cam2.. xd la.. semua nak enjoy jer memanjang..betul x beb?

Tapi penghujung tahun ni kita telah disajikan dgn TITISAN AIRMATA,LIMPAHAN DARAH..rakyat di PALESTIN..dengan kekejaman tentera Zionis ISREAL...so..kita fikirkan bersama..kita di MALAYSIA ni..sungguh aman damai..walaupun kadang kala keadaan poltik dan ekonomi tidak menentu...perlu la.. bersyukur..

Apa yang pasti 2008 akan berakhir..yang tiba 2009...angka yang baru..So sentiasala kita thinking apa yang perlu dilakukan untuk masa akan datang...Dengan harapan 2009 ni akan memberikan sesuatu yang terbaik dalam hidup kita semua..ok BEB..gua gerak dulu..bye.!!

Wish Happy New Year 2009

Tuesday, December 30, 2008

Apa yer...

Masuk jer tahun baru.."lepak mana malam ni bro'?.. mm xtahu la.. klu yang muda...of couse nak enjoy kan?...malam new year katakan bro..

Ada jugak yang cakap..: "malas la..nak kuar..xd apa pun..jam lagi dah sesak dgn warga2 PATI..!!! hahahaha..ada jugak yang memenuhi dgn aktiviti yang berfaedah" cam..ceramah agam.. so semua ada pendirian masing2...

Klu nak story pasal malam new year ni..banyak bro..so ..yang mana lepak @ merayau malam2 new year 2..buat2 la survey..apa yang dilakukan oleh segolongan manusia....Sentiasa lakukan aktiviti yg berfaedah..yer...

Salam Maal Hijrah 1430h

Monday, December 29, 2008

Bilal Wedding

Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Mohd Bilal & Siti Hafizah


Banner

KebahagianKU

Masa DepanKU

Kamil & Bilal


Izar/Bilal & Zamil

Bilal & Wife

Ayahanda Bilal

Pasangan Bahagia

Kawan2 yang hadir



Alhamdulilah Bilal telah selamat menamatkan zaman bujangnya.. Majlis perkahwinan pihak perempuan telah berlangsung di Sungai Nibong,Pulau Pinang pada 13 December 2008..

Copy right by ann..

Friday, December 26, 2008

Mentera Suci

Mentera suci,
Ia bagaikan sebuah alunan syair indah,
Menjadi pemangkin kebangkitan diri,
Sentiasa disanjung bila tibanya waktu,

Hati terus terdiam bila mentera suci beradu,
Keyakinan terus kukuh untuk mencapai
Keperibadian diri,

Langkah kaki menjadi harga diri
Ia sentiasa mengamit hati sanubari
Mentera Suci....Kekuatannya amat dirasai.

Tuesday, December 23, 2008

Si Buta..

"Apa aku perduli..aku yang mencari jalan ini..
Persetankan apa yang orang nak cakap..
this my right.... "

Buta sungguh hati ini..hanya pentingkan diri..
Insan yang inginkan kasih sayang..dan perhatian..dibiarkan sahaja
Biarkan sahaja..tangan yang meminta..
Sedangkan yang memberi lebih baik dari meminta..

Hanya suara hati yang suci akan mememahami keperitan si buta...
Diri dikurniakan dengan sempurna.. kenapa masih ada kehitaman dalam hati ini..
Kemelut dalam hati sentiasa berlawan..suci dan hitam..jika keimanan dan kekuatan kesucian..
Pasti kehitaman hati akan hilang.....

Friday, December 19, 2008

Sinaran Hati

Hati berkata apa yang dirasai oleh si dia?
Hati terus mencari jawapan...
Jawapan pasti tiba dgn sinaran cahaya suci

Pasti kita akan berjalan di lorong percintaan.
Kita akan berjumpa lagi dgn harapan yang baru

Cinta pasti bersinar dalam keberkatan hidup
Jika ia disaluti sinaran agama
Usaha adalah tangga kejayaan

Hanya IA yang akan memutuskan
Adakah ini jawapan sebenar yang dicari selama peyeksaan jiwa.

Thursday, December 18, 2008

"ada aku kisah!

"ada aku kisah!
dgn kejahatan dan kebaikan yang kau lakukan?

"ada aku kisah!
kesesakan hidup masyarakat?

"ada aku kisah!
cara diorang cakap?

"ada aku kisah!
apa apa sahaja yang terjadi

"ada aku kisah!
dgn apa yang dikatakan tentang cara ku berkerja?

Semua adalah ketentuan dariNYA...

"ada kau kisah?
"ada aku kisah!


Wednesday, December 10, 2008

Aku...

Aku....
Mencari apa yang dinginkan
Bila ku berjalan ia pasti tiba

Aku....
Sentiasa beringat apa yang dilakukan
Mencari erti hidup dgn mendalam

Aku....
Terlanjur kata atau perbuatan
Ia Pasti mengingatkan apa yang terjadi

Aku....
Menghargai bila diri disayangi
Kakiku melangkah ke kanan atau kiri
Ia pasti memerhatikan diri ku ni

Aku....
Bila Diri Disayangi...

Wednesday, December 3, 2008

Kerana

Ku naik diatas..sungguh indah pandangan ciptaan NYA...
1 pusingan dilakukan dgn dibuai tiupan angin selat melaka...

Pada mulanya perasaan takut menghantui diri...setelah berada diatas..perasaan takut kian hilang..hanya tinggal tanda kesyukuran pada DIA.. yang MAHA ESA...

Kerna ku masih berada didalam hidup untuk ku beramal dan beribadah padaNYA...

Wednesday, November 26, 2008

KAKI FUTSAL ...????

Bro.... Selasa malam..kita main Futsal.. pe cam??? kata2 kawanku time lepak kat CAFE....

Jawapan ku..: cantik jugak bro...nanti aku booking kat KAKI FUTSAL Sg.buloh..... (layansudeyyy)

Gua pun call BAI yang jaga court tu nk booking padang...so malam SELASA aku tiba di Kaki Futsal dgn ditemani titisan hujan seperti embun betina, So nak jadikan story...semlm ada satu pengalaman yang boleh dijadikan pengalaman hidup..bro...!!!


Kaki aku ni melangkah masuk dalam court untuk sesi pemanasan badan..(mahu x, bersemangat nk main futsal seblum main futsal layan YOUTUBE ZIDANE SKILL) rindu beb.. hahahaha...

Setelah kaki kanan ku melangkah untuk larian pertama suka aku dibuatnya...sampai dipenghujung court ku BAU sesuatu yang ANEH TAPI BENAR..bro!!!.. gua bau wangian BUNGA-BUNGAAN campuran.. mmmm memang wangi habis... hati ku dah xsedap hati...so masuk pusing ke2 dalam larian ku.. ku terus baca selawat, dan AL FATIHAH... ku pusingan buat larian sebnyak 7 kali.. alhamdulilah dgn izin NYA..bau itu beransur.. hilang dari court...

Bila pulang dari rumah.. nk jd kan cerita ku ..story kt my friends.. RUPAnya kawasan itu memang mempunyai Penghuni.. yang bernama WA?? (xperlu la gua sebut..namanya)..coz before ini ada member sudah kena..sesuatu yang aneh..di kawasan itu...so gua pun xdpat la.. nk tido sgt...tapi dgn izain ALLAH aku dapat juga tido ALHAMDULILAH...

Ini adalah sebuah kisah penghuni yang tidak NAMPAK..(ANTOO Fighter)...

So IngatlaH ALLAH sentiasa.....
TAKE CARE

Tuesday, November 25, 2008

Explore Hunt 2008 - PICTURE

Gambar sekitar... MALAYSIA AIRPORTS MEDIA EXPLORE HUNT 2008 SUBANG TO AWAN KIJAL TERENGGANU



Winner


Dinner


MyC

Start



Car No.29

Monday, November 24, 2008

BAHAGIA

Kebahagian hak milik semua.. jadi kita mesti hargai.. kebahagian yang kita ada.. semoga kebahagian yang telah terjalin akan memberikan suatu manfaat yang baik dalam hidup kita..

Apa yang ada, kita perlu bersyukur pada NYA.. kerna DIA yang memberi dan yang tidak akan memberi apa yang kita pinta...

Hargai..orang yang menyayangi diri kita, jangan sia-siakan harapan yang diberikan untuk mencapai impian bersama...hormati diri sendiri dengan cara yang baik...moga dgn harapan ini akan memberikan sinar yang indah dalam keHIDUPan seharian...

Nurkilan Hati : NASRUL

Wednesday, November 19, 2008

Explore Hunt 2008

Pada 15/10/2008 - 16/11/2008.. Malaysia Airports telah mengadakan Media Explore Hunt 2008..Bermula dari Subang Airport ke Awana KIjal, Terengganu... disertai oleh 58 team terdiri dari Media seluruh Malaysia... TV3,Bernama,NSTP,harian metro.RTM,NT7

Sungguh meriah .. sepanjang perjalanan ini.. Team aku telah diberi nama Ratantula..aku,Pakcik Razali, Tuan Razman, dan farhan... So kami telah menJUARAi kategori MAHB....ini adalah pengalaman pertama aku menyertai pertandingan ini...

Klu korang nak tahu.. sepanjang ku hidup 25 tahun ni pertama kali.. aku mendaki Batu Caves.. pelbagai bau.. hahaha.. bnyak monyet pulak... sampai atas ku disambut oleh seekor ular sawa emas.. hahaha.. GELI GELI.... hahahaha.272 anak tangga..untuk naik sahaja.. turun pun sama.. so bila di tambah 544 anak tangga...lepas turun tu ada pulak task kena buat TEH TARIK.... mmmm penat... aku yang drive siot ke awana kijal....alhamdulilah STIMA ku ada yela.. layan FUTSAL selalu.. hahahahaa... layan sudeyyyyyyy


Penat tidak terasa..beb!!! coz ada pelbagai soalan yang putar belit... dari subang ke damasara jaya..terus ke batu caves...dan sri gombak.. mencari jawapan..Dah penat mendaki..terus ke Pekan Karak..Temerloh..Gambang..Kemaman dan Awana Kijal....

Keadaan cuaca kala hujan kala cerah,.. tepi.. ni la.. secara tidak langsung cuti-cuti Malaysia...Promosikan Terengganu.

gambar akan ku attach kemudian.....