Wednesday, August 20, 2008

Kerja...@ Working

Melangkah kaki masuk office pasti akan memikirkan kerja, kerja, kerja…

Iitulah kehidupan insan yang mempunyai tanggungjawab yang bergelar pekerja…

Setiap hari isnin pasti semua akan mengeluh….Ermmmmm “bosannye hari ni”!!!!....

Ini kerana pada hari sebelumnya iaitu hari minggu, kita telah merehatkan diri, hang out kesana kemari, lepak , shopping, dating.. dan semua yang ada ting2..

Jadi, bila tiba hari isnin, kebosanan datang melanda dan hari Isnin juga digelarkan sebagai Monday Blues.

Masuk jam 8.00 pagi, majority pekerja akan ke kafé bagi menikmati sarapan pagi..
Ada yang makan nasi lemak dengan teh tarik.. Ada yang membawa bekal.. Senang cerita, pelbagai ragam manusia dapat dilihat ketika menikmati sarapan….Ada yang sambil makan dan minum sambil berbual tentang aktiviti hujung minggu, dan bagi yang bujang pula berbual pasal filem terkini, kereta, bola sepak ( EPL) dan macam – macam lagi. Bila menyentuh bab bolasepak, ada yang sokong LIVERPOOL, ada pula meminati CHELSEA, ada yang fanatik dengan MU, dan tak kurang juga yang menyokong ARSENAL. Kadang – kadang, kerana bola, sampai bertekak pun ada.. Iyelah.. Team dah la kalah kan! Lepas tu kena kutuk dengan kawan – kawan penyokong team lain, lagilah haru – biru dibuatnya. Itu bagi lelaki la.

Klu perempuan lain cerita pulak. Cerita pasal kain baju, anak Mak Jah kahwin minggu ni, pasal laki tak balik rumah hujung minggu, pasal resipi masakan dan macam – macam gossip yang timbul.

Berbual punya tekun sampaikan masakan di kafé yang tak cukup garam pun tak kisah. Macam – macam kerenah manusia. Pening jugak bila difikirkan.

Sedar tak sedar jam dah 8.45 pagi.

Pukul 9pagi baru duduk kat tempat untuk memulakan kerja. Panaskan PC dulu. Sambil – sambil PC nak warm up, sempat lagi call member dulu. Borak punya borak, dah 9.15pagi.

Kemudian, baru buat kerja satu jam lebih, jam 10.30 pagi ni semua dah mula nak melepak. Sambil borak sambil hisap rokok. Lepak pulak bukan sekejap sampai pukul 11.15pagi pulak tu. Entahlah. Nasib baik bukan company aku, kalau company aku, semua kaki lepak ni aku cakap “You’re fired!” Sebab bukan company aku la, aku pun join lepak sekali.

Sambung la kerja selepas melepak dan berborak ala kadar (ala kadar ke kalau dah sampai sejam lebih) Sambung kerja sampai jam 12.30 tengahari. Lepas tu semua berebut – rebut keluar ofis nak pegi lunch (padahal bukannya nak makan sangat pun) Lunch (konon) pulak sampai 2.45 petang. Ini la rutin seorang pekerja ofis yang mengikut waktu normal pejabat.


Masuk jam 2.45 petang bukannya nak terus buat kerja tapi pegi ke surau untuk solat zohor. (Wajib buat ni walaupun ada yang buat – buat lupa). Bagi yang uzur tu takpelah kalau melangut kat meja sambil chatting tak tentu masa. YM la, MSN la.. Macam – macam.

Kerja punya kerja sampai 3.45 petang. Penat tak sempat rasa dah keluar lepak lagi kat kafé. Cerita macam - macam la keluar walaupun cerita tu sama dari pagi tadi. Ada yang nak jual barang la, Ada yang beli kasut bola baru la. Entahlah. Sedar – sedar dah pukul 4.30 petang. Alamak! Lagi 30mint dah nak balik ni. Masuk pejabat balik dengan keadaan tergesa – gesa sambil memegang kertas (konon – konon sibuk sangat la, padahal kertas tu pun jumpa kat mana la) kemudian duduk kat tempat sendiri, mata sempat menjeling bilik bos, tengok – tengok kalau bos ada meeting ke, bos tengah layan customer ke. Kalau bos dah hilang, jawabnya anak buah pun hilang jugakla. Tapi bos ada kat bilik, kena la tunggu sampai pukul 5 petang nanti. Dalam tempoh setengah jam yang tinggal, just tutup PC, kemas meja apa yang patut, kemas fail yang sengaja disepahkan supaya nampak sibuk sangat dan bila semua dah selesai, tunggu time untuk berangkat la. Haha.

Dalam tempoh setengah jam menunggu tu dah rasa macam 5 tahun lamanya. Jam terasa seakan berhenti. Perasaan untuk menamatkan kerja (borak sebenarnya) pada hari itu semakin kuat. Tiba sahaja masa balik, semua menunggu dengan penuh kesabaran seolah – olah para pelajar menunggu detik bunyinya loceng untuk pulang ke rumah tepat jam 5 petang. Semua pekerja berduyun – duyun ke tempat “punch card” Dalam masa 15 minit semua department dah sunyi sepi. Selesailah rutin harian seorang pekerja waktu pejabat.

No comments: